topbella

Hapuskan SOFFIYA!!


Alhamdulillah, semalam berakhirlah drama bersiri Soffiya yang bersiaran pada pukul 7.00pm setiap hari Isnin-Khamis. Mungkin kerana drama ini dibintangi pelakan terkenal dan handalan seperti Tiz Zakiah, Fizo Omar, Azhar Sulaiman dan Izara Aishah, drama ini digilai ramai dan mendapat rating yang tinggi. Saya juga menonton filem ini, namun kerana waktunya yang kurang effektif, saa mengambil keputusan untuk melihat hanya 1/2 jam sehari, tambahan pula maghrib di tempat saya jatuh pada pukul 6.57pm, cukup waktu untuk solat dan mengaji sebentar.

Out of 5, saya beri 3 kepada drama ini. Jalan cerita masyarakat yang digubal secara baik serta ditambah sedikit sebanyak elemen percintaan 3 segi antara Ilyas, Soffi dan Kamal menjadikan cerita ini semakin complicated. Usai menonton episod terakhir, saya menyimpulkan bahawa drama ini mampu memberi impak serta pengajaran yang besar kepada segenap lapisan masyarakat sekiranya mata penonton bukan hanya setakat menonton namun turut sama menilai apakah maksud sebenar filem ini dipertontonkan.

Bagi yang tidak menonton, berikut merupakan sinopsis:
Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.

Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri.

 Sekiranya watak soffiya ini dikaji, kita akan melihat bahawa penderitaan gadis ini bermula dan berpunca daripada keruntuhan keluarganya. Bapa yang diharap melindungi kini menjadi pemangsa. Rumah yang dulunya syurga kini menjadi neraka dunia. Hal ini tidak akan terjadi sekirana Islam diamalkan dan dihayati. Bukankah Islam ada menggariskan beberapa hak anak-anak yang harus ditunaikan oleh ibu bapa. Antaranya memberi pendidikan dan kasih sayang. Harus diingat bahawa tiada istilah ibubapa derhaka, namun terdapat istilah ibubapa tidak bertanggungjawab.

Namun begitu, nukan semua anak2 yang rosak lahir daripada keluarga yang porak peranda. Sebagai contoh: Fiona yang mempunyai ibu dan ayah yang baik namun malang kerna hatinya tidak secantik raut wajahnya. "Islam hanya tertulis dalam IC" Nah, lihatlah bagaimana pergaulan bebas yang diamalkan Fiona akhirnya memakan diri apabila diceraikan suaminya, Ilyas. Walau pada akhirnya anak yang dikandung Fiona terbukti milik Ilyas, namun semua salah faham itu berlaku kerana Fiona tidak menjaga batas pergaulan sesama lelaki sama ada sebelum atau selepas kahwin. Inilah antara hikmah terbesar mengapa Islam mencegah pergaulan bebas dan persahabatan antara lelaki dan perempuan tanpa apa-apa keperluan.
 “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..
|dari Abu Hurairah|

Islam mengharamkan couple sebelum bernikah. Mengapa??
Hmm. Perasaan cinta yang wujud itu sebenarnya suci dan banyak faedahnya sekiranya berlaku terhadap orang yang betul pada masa yang betul. Namun, cinta antara Soffiya dan Ilyas telah memudaratkan mereka. Mereka bercinta dalam hati, bermula dari pandangan mata, kata2 manis dan ayat puitis. Walau Ilyas merupakan salah seorang lelaki ideal yang boleh menjaga Soffiya, jodoh tidak tertulis buat mereka. Perasaan sayang Soffiya terhadap Ilyas telah menyebabkan dia ragu2 dengan perasaan sayangnya terhadap Kamal sehingga berlaku penceraian. Kerana itu, biarlah cinta pertama kita berlaku selepas kita diijabkabul. Biar dia yang pertama, dia juga yang terakhir!

Istilah CINTA didalam Islam membawa makna yang sangat besar. Allah juga ada menggariskan panduan bagaimana hendak bercinta di dalam Islam. Sekiranya kita mencintai Allah, mencintai ibubapa, mencintai pasangan, mencintai sahabat, anak2 dan lain-lain mengikut acuan Islam, kehidupan kita pasti bahagia. Walau masyarakat memandang kita tidak berharta mahupun tiada nama di dunia, tetapi pujuklah hati bahawa masih ada syurga disana! Hapuskan "Soffiya" agar tiada lagi gadis yang menderita dek kerana difitnah oleh keluarga mahupun masyarakat. ^^

lets improve ourselves to be the best!

2 comments:

diriku insan biasa said...

suka3x....mula2 pelik juga tgk tajuk...tp skrg da phm da apa yg tuan empunya blog nak kata....

sinarharapan said...

like! my nme is sofia too, but not SOFFIYA..

My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile