topbella

Hijrah Istimewa...

Assalamualaikum. Beberapa minggu yang lepas, seorang teman baik yang saya sayangi telah menghubungi saya. Terkejut dengan panggilannya pada awal waktu maghrib, saya menjawab panggilannya sambil bersimpuh di birai katil. Saya fikir mungkin dia mahu bertanya mengenai kemasukan pelajar ke kampus UITM (bukan universiti sebenar) atau mungkin juga dia merindui saya. HAHA. Kemudian kami bertukar khabar dan bergelak ketawa. Tiba2, dia terdiam.


"Yott... urmm.. sbenarnya... nak tanya yott sesuatu.. hmm.. sbenarnya..." Kemudian Balqis (bukan nama sebenar) mula menceritakan hasratnya kepada saya. Lambat dan penuh berhati-hati. Rupanya, dia mahu melakukan anjakan paradikma untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. Dia mahu menutup auratnya dengan sempurna dihadapan seluruh sanak saudaranya ketika berkunjung ke kampung. Saya cemburu.

Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sesungguhnya pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
[An-Nisa: 100]

Disebabkan pertanyaannya yang tiba-tiba, saya jadi buntu. apa yang berlegar di kepala, apa yang terdetik di hati, itulah yang saya katakan kepadanya. Maaf teman, kerana tidak mampu melegakan gundahmu. Saya lontarkan beberapa idea bodoh kepadanya, dia hanya balas dengan gelakan. Dalam hati saya berdoa, moga Allah tambah kekuatannya serta mencekalkan jiwanya. Saya tahu ini fitrah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
...Dan orang2 yang berhijrah itu pula adalah orang yang meninggalkan perlakuan atau perbuatan yang dilarang oleh Allah

Sabda baginda lagi dalam hadith yg lain:
Tiada hijrah sesudah pembukaan kota Mekah, tetapi hijrah yg tetap adalah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya), hendaklah kamu bersiap sedia
Berdasarkan hadith ini, jelas bahawa konsep hijrah selepas pembukaan kota Mekah lebih merujuk kepada kerja yang mempertingkatkan penghayatan suruhan Allah dengan berserta semangat jihad dalam proses pelaksanaannya. Ia adalah satu proses hijrah atau perpindahan yang berlaku dalam diri ummah yang sentiasa cenderung ke arah penghayatan positif dalam kehidupan harian mereka. Subhanallah.

Mungkin bagi sesetengah insan, perubahan yang dilakukan oleh rakan baik saya ini tidak besar dan tidak membawa impak kepada sesiapa pun. Namun daripada kacamata saya, seandainya semua orang membuat perubahan kecil ini, lambat laun pasti tiada lagi kebejatan akhlak jua keruntuhan moral dalam Malaysia walhal dunia sekali pun. Sedar atau tidak, perubahan ini sebenarnya mempunyai pahala yang lebih besar dari memberi minum orang yang menunaikan ibadah haji dan memakmurkan masjid seperti yang termaktub dalam surah At-Taubah: 20.

Balqis(bukan nama sebenar), sehingga saat ini saya sentiasa berdoa agar Allah memelihara sera menambah kekuatanmu. Moga kamu terus istiqamah dengan perubahanmu. Sungguh saya lega apabila kamu katakan kamu telah berjaya. Sebak dan syukur hati ini hanya Allah yang tahu. Lega. Puas. Gembira. Saya doakan Allah memasukkan kamu ke syurga tertinggi. Sungguh saya cemburu dengan kekuatan kamu!!

"Yott... its not that hard to make a change.." saya akan pegang kata-kata ini, kawan... Saya yakin, bila kita mahu, Allah akan bantu! Saya teringat satu hadith qudsi: ....sekiranya kamu berjalan menghampiriKu, Aku akan berlari menghampirimu.... moga kamu boleh tolong saya berubah menjadi yang lebih baik juga! Sayang kalian semua kerana AllaH.. XoxO

p/s: kamu tahu post ini untuk kamu, kan?? ^^v



lets improve ourselves to be the best!

1 comments:

imtisal said...

y0tt...

My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile