topbella

WAJIB tabik pada suri rumah.

Assalamualaikum. Lepas 3 bulan menetap di rumah, mcm2 pengalaman telah saya pelajari. baik dari cerita2 yang telah saya tonton, lagu yang saya dengar, mahu pun hari-hari yang telah saya lalui. Tapi, yang membawa impak paling besar adalah...------->> menjadi suri rumah.

untunglah kalau suri rumah ada masa bersolek cmnie...

Well, macam yang kita tahu, suri rumah adalah orang yang tidak bekerja sama ada dengan pihak kerajaan mahu pun pihak swasta. Pendek kata, mereka merupakan orang yang bergantung sepenuhnya dengan mata pencarian suami. Tugas mereka sering dipandang ringan, hanya mengemas rumah...

Namun, setelah mengalami sendiri, baru saya tahu betapa susahnya tugas seorang suri rumah. Sebab itulah peratus suri rumah yang mengalami tekanan perasaan adalah yang tertinggi. Memasak, mencuci pinggan, mengemas rumah, melipat dan menjemur baju, mengajar anak-anak dan sebagainya merupakan tugas yang tiada penghujungnya.  Sebagai contoh: memasak. Setelah membuat sarapan, menyediakan makanan tengah hari, kemudian memasak makan malam. Setelah itu, membuat sarapan dan seterusnya lagi pada keesokan hari. Tugas yang tiada henti...
penat itu normal
 Bukan seperti golongan bekerjaya yang mempunyai cuti. Golongan suri rumah juga tidak mampu memberi alasan bahawa mereka penat kerana tugas mereka sering disalah erti sebagai tugas yang tidak memerlukan otak untuk berfikir, jadi kenapa harus merungut penat??? Hmm, saya rasa tugas seorang suri rumahlah sangat penat. Kita orang lelaki bekerjaya yang tidak tahu, silalah mencuba sehari duduk di rumah dan membuat segala kerja. Dan saya mahu hasilnya PERFECT seperti apa yang dilakukan oleh suri rumah. (tak kiralah ibu mahupun isteri). Haa.. tau takut!! HAHA

Saya kagum dengan dua orang suri rumah yang selalu berada di rumah saya. My mom and my sis. Mereka selalu membuat kerja tanpa mengeluh, dan hasilnya sangat mantap! Saya tahu, mereka penat: kerana itu mereka sering meluahkan perasaan mereka dengan cara membebel kepada orang sekitar mereka. Kerana itu wahai insan2 yang bukan suri rumah, janganlah kalian berasa sakit hati sekiranya dibebel... Bersyukur kerana kalian mempunyai seorang suri rumah, teman hidup yang sangat baik.. :)
Terima kasih banyak2 kepada mak dan akak. I love both of you so much!!!
Saya doakan moga semua suri rumah (part-time atau full-time) di dunia ini mendapat ganjaran syurga. Ameen... Tabik sprrriiing dengan kalian!!

p/S: abah saya juga merupakan seorang suri rumah yang sangat baik. Moga saya mendapat teman hidup sepertinya... :)
lets improve ourselves to be the best!
My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile