topbella

adaMaya mengetuk hati..


Dengan nama Allah yg Maha Mendengar..
Assalamualaikum warahmatullah..
Allah bersama kita, selagi kita meletakkanNya;
sebagai yg PALING UTAMA!

alhamdulillah, Allah masih izin saya menulis..
hari ini, saya ingin berkongsi sesuatu yg saya dapat ketika
menonton cerita kegemaran ramai; adaMaya (tv3)

(saya juga sangat suka! he3)

sebenarnya.. banyak yg saya dapat lps tgk cerita nh..
antaranya...

mengapa Allah mensyariatkan agar segera berkahwin;
apabila telah cukup syarat am dan khasnya..
maksud saya; tiada istilah COUPLE yg halal
sekiranya tiada niat untuk membina masjid bersama..
lihat sahaja bagaimana percintaan antara Dani dan Maya;
setelah 6 tahun, meruntuhkan masjid yg dipertahankan Jasmin..
juga bagaimana percintaan antara Shareen dan kekasihnya,
meletakkan dirinya dalam prasangka si suami,
dan lebih teruk lagi: meragut nyawanya..

"sesungguhnya yang halal itu nyata(terang)
dan yang haram itu pun nyata (terang),
dan di antara keduanya ada perkara2 yg samar,
yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.
maka barangsiapa memelihara (dirinya dari)
segala yang kesamaran;
sesunggunya ia memelihara
bagi agamanya dan kehormatannya.
dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran,
maka jatuhlah dia ke dalam perkara yg haram.
seperti seorang pengembala yg mengembala
di sekeliling kawasan larangan,
maka hampir sangat (ternakannya) makan di dlmnya.
Ketahuilah! bahawa bagi tiap2 raja ada kawasan larangannya.
Ketahuilah! bahawa larangan Allah adalah segala yg haram!
Ketahuilah! bahawa di dalam bdn ada seketul daging,
jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota;
dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruhnya..
dan daging itu ialah hati.."
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

selain itu, (macam karangan bm plak, he2)
bagaimana cerita ini memperlihatkan bagaimana
P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N
mempengaruhi sebilangan besar aspek dalam kehidupan kita..
lihatlah bagaimana persahabatan Sharom dan Adam
menjadikan mereka saling lengkap-melengkapi,
serta nasihat- menasihati..
agar kedua- dua mereka tidak tersilap langkah,
sewaktu berusaha untuk menahan marah...


glitter-graphics.com
kerana itu kita disuruh memilih rakan yg baek;
"teman yang baek dan teman yg tidak baek itu
diumpamakan sebagai pembawa kasturi dan peniup api.
maka si pembawa kasturi mungkin akan memberi kamu
kasturinya atau kamu mungkin akan membelinya,
atau kamu dapat mencium baunya yang harum.
bagaimana pun peniup api mungkin akan membakar bajumu,
atau kamu akan mencium baunya yang busuk..."
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga ada mengingatkan;
"jangan kamu bersahabat melainkan
dengan orang yang beriman,
dan jangan kamu memberi makan
kecuali kepada orang yg bertaqwa.."
(hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


secara peribadi; saya sangat suka watak Mika..
watak itu memperlihatkan bagaimana seseorang itu
berusaha untuk menjadikan dirinya lebih baik.
Mika terpaksa berpatah arang dengan Dani;
walaupun saya kira hanya itu sahabatnya..
kadang- kadang, dalam pentas realiti nie;
mmg kita TERPAKSA meninggalkan kwn kita
(buat seketika)..
untuk memberinya kesedaran bahawa
jalan yg dilalui dahulu tidak begitu benar..
berada dalam kalangan orang yg lagha
menyebabkan kita susah untuk mengubah diri kita,
kecuali jika kita benar- benar kuat..
setelah hati dan jati diri kita kuat,
serta kita memperoleh sahabat yg boleh menasihati,
kembalilah kepada kawan2 kita yg terdahulu,
dan ajaklah mereka membina jalan baru..
..:: ini pandangan peribadi saya::..

".. seseorang itu berada atas cara hidup temannya;
maka perhatikan tiap seorang dari kamu,
siapakah yang didampinginya..."
(hadith riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


glitter-graphics.com
sedar tak sedar; dalam dunia realiti..
kadang- kadang orang yang membawa watak Dani,
ialah diri kita sendiri.. (hmmm..)
orang jahat yang dibenci oleh semua orang..
yg nh...
kita kena muhasabah balik diri kita sendiri...
banyak juga yg saya dapat..
hidayah dtg tnpa mengira umur.
suami seharusnya mendidik isteri dgn ajaran islam.
jangan menilai org dengan pandangan luaran sahaja.
yg laen, fikir- fikirkanlah sendiri...

(mungkin sbb abah latih suruh senaraikan pengajaran cerita tme kecik2 dulu, sekarang nh bila abes tgk movie msti kami adik beradik cuba cari apa pengajaran cerita tue. sekurang-kurangnya; xlah gagap kalau tiba-tiba abah nak tanya cm kecik-kecik dulu.. hi2)


p/s: sila tegur jika ada kesilapan.

mari sama- sama kita menjadi yg PALING BAIK disisiNya..

1 comments:

Humayra' said...

wah... best la yott.. huhu... citer yg ala2 takde ape pun bile yott kupas cm best jer.. keep on analyzing. menarik bile bace. (^_^)

My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile