topbella

masa untuk bertarung!!

Assalamualaikum! Pejam celik pejam celik rupanya dah 2 tahun saya meninggalkan zaman persekolahan. Cepatnya masa berlalu. Tak sedar yang sbenarnya saya dah bergelar remaja, selepas berlalunya zaman kanak2 hatta di sekolah menengah.(hoho)

Jumaat yang lalu saya pergi ke sek men di hujung simpang rengam, hajatnya hendak berjumpa cikgu2 saya, c.azah, cikgu faudziah, cikgu nik hasni, teacher, miss tai, ustzh nik hasnah, ustzh huzaimah, dll. Tapi hanya beberapa orang yg sempat saya jumpa. Sbenarnya saya terbaca komen2 di fb yg spm akan blangsung pada esok hari, jadi majlis restu ilmu pun diadakan(macam biasa). Saya saja nak menyibuk untuk menggembirakan cikgu yg pasti sedih di saat kanak2 lain mengalirkan air mata.haha.

Bila dah duduk di sek, saya cuba untuk mengenang kembali memori zaman lampau sewaktu saya mengambil spm 2 tahun lalu. Hmm, rupanya tak banyak kenangan. Hanya beberapa cebis yg terlekat di kotak minda...

Hari first, ingat lagi... Perut meragam. Mama dengan baik hatinya pg belikan vitagen. Then bawak saya ngan yaya makan tengah hari di satu kedai makan kat bangunan mara bersama ayong. Hmm, thanks mama!! Walaupun makanan kat situ biasa je, xlah superb macam kat kedai 5 star, tp dsebabkan mama penat2 tunggu kami rehat dan bwk kami, makanan tu jd sgt sedap mcm makanan yg dmasak oleh chef terbaik dunia! Okeh, ini hiperbola. [p/s: mama, teringat nasi lauk kari + papadom yg mama bekalkan tue. wndu~]
Dr kiri: Jonie, Ayong, Mama and Yaya.. love you all~

Bila waktu rehat je, saya dan my bff: yaya akan ke surau asrama untuk berehat di situ. Tak ingat sama ada saya ada belajar atau tidak, saya cuma ingat saya memberi ganjaran kepada otak yang telah bekerja keras untuk menjawab paper sebelum itu dengan menghadiahkan tidur sebentar kepadanya. Bila pk2 sekarang, logik ke saya bersenang lenang tdo diwaktu kecemasan seperti itu?? Sedangkan bila tba d matriks, setiap saat dan detik sebelum periksa dgunakan secara maksima. Kadang2 saya rasa pejam mata pun adalah pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku. Haha.

Akhir kata buat adik2 form5 yang k.yah sayangi, selamat menjawab peperiksaan. Pastikan result korang adalah yg terbaik. Kalau tidak msti korang akan rasa menyesal bila dapat sijil spm yang cantik, tp result spm yang tak berapa nak elok sedangkan kalian tahu kalian boleh buat yan lebih baik! K.yah bercakap berdasarkan pengalaman okeh. Jangan relax sgt, and jgn pressure diri sgt. Tenang.. Biar tulisan kalian yg menjadi bukti apa yg telah kalian pelajari selama ini.. K.yah doakan yg terbaik buat kalian semua. May Allah ease ur way.....


Ntah bila lagi buleh rasakn keseronokan berExam smbil
bergelak tawa ibarat dunia ini kami yg punya,tapi bila
dapat result bergelak tawa juga memikirkan kenapa laa
aku bodoh sgt tak jawab leklok dulu, kan dah merana....


lets improve ourselves to be the best!

0 comments:

My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile