topbella

Jawapan Dr Asri Zainal Abidin: istighfarlah!

usai menulis post Hati lesu tanpa pengisian ,
saya berjalan- jalan memasuki blog- blog yg sering berkongsi hal-hal berkaitan hati. Akhirnya dengan izin Allah, Dia menunjukkan sebuah coretan yg saya kira merupakan jawapan kepada kegalauan hati saya. Berikut merupakan tulisan Dr MAZA dalam blognya Minda Tajdid .

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab? Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti
Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan. Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia
Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.
Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.
ujian akan menjadi ringan dengan bantuanNya
 Mengelakkan Bala
Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan
Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.
Istighfarlah dimana sahaja kita berada
Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.
istighfar itu penenang jiwa, insyaAllah

lets improve ourselves to be the best!

Hati lesu tanpa pengisian..

Assalamualaikum warahmatullah...
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Setelah bercuti panjang selama seminggu,
dan kemudian meneruskan kembali pengajian di IIUM ni,
saya mula perasan ada sesuatu yg tidak kena dalam kehidupan saya..
entah kenapa;


hati senang galau, 
semangat mudah luntur,
kemalasan bermaharajalela,
nasihat menjadi angin lalu,
serta peringatan menjadi bak buih-buih di lautan...

astaghfirullah astaghfirullah...
Rasulullah ada berfirman,
"CELAKAlah orang yg hari ini lebih buruk dari semalam"

Baginda ingatkan lagi,
"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut"
 NAH! Peringatan- peringatan ini menyentak hati saya,
saya berfikir; sekiranya saya; sebagai seorang Muslimah
membiarkan kelesuan ini merasuk saya,
pasti Islam akan dipandang lemah dan rendah.

Adalah menjadi satu fenomena masyarakat remaja Muslim hari ini tewas dek kerana penangan anasir- anasir Jahiliyyah serta kerana lemahnya benteng iman mereka. Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.

Manusia tidak akan bererti tanpa hati
Namun begitu rakan- rakanku sekalian, usah khuatir. Pada hakikatnya, cahaya yang menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya Al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau telah berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Carilah hatimu di sepertiga malam..
 InsyaAllah, peringatan dan coretan ini sebenarnya lebih kepada diri saya sendiri. Kerana menulis merupakan salah satu cara saya mengembalikan kekuatan serta mengingatkan diri sendiri, insyaAllah. Moga bertemu lagi... xoxo



lets improve ourselves to be the best!

NIAT

agak kecewa setelah tamat Hoki USC IIUM,
sedih bila tengok muka kecewa kawan2.
then tepon and mengadu kat mak..

"kan Allah akan bg mengikut apa yg kita niat.
mula2 main bukan nak menang, kan??
main suka2 and nak baju free, kan??
haa, tu maknanya Allah dah makbulkan permintaan kalian..."

okeh mak, saya terpana.
start dari sekarang, sila aim higher!
natijahnya, hanya Dia yg tahu... T.T

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesunggunya setiap amalan itu berganung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan rasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu..."

p/s: terima kasih kawan2 and Sir Akhma,
for the great experience~ ^^

lets improve ourselves to be the best!

MULAKAN LANGKAH...

Bismillah, Assalamualaikum...
I'll start my journey tomorrow.
New life begin, new Nadiah should be create..
to be better, better and better!
please pray for me and friends.. :)
lets improve ourselves to be the best!

8.45 am: kedai saya

Abang Anip mengambil polistrin berisi bihun dan meletakkan sambal secukup rasa di atasnya. Saat dia mahu berlalu pergi;

saya   : apa lagi?? Bayar arr.. bayar! bayar!
abang : pehal pulak? Kat kedai mamak pun makan dulu baru bayar.. HAHA
saya   : ah tak kira! tu kedai mamak, ni kedai orang cina!!
abang : ????

lol..
ada orang perasan cina. BOOOOO~ hehe
Islam tidak membezakan warna kulit atau pemilikan kedai.
yang kena bayar tetap wajib di bayar. sekian
lets improve ourselves to be the best!

second try :)

 meski pun mata tak dapat melihat wajahmu,
telinga tidak dapat mendengar suaramu,
namun ketahuilah bahawa namamu 
sering disebut ddalam doaku..

k.sarah & k.timah,
TERIMA KASIH kerana menjadi sahabat yg baik.
moga Allah memberimu teman hidup yg baik juga...
 


lets improve ourselves to be the best!

first try.

 mereka sahabatku yang sangat baik.
sering mengingatkan pada Allah.
terima kasih, Allah!
lets improve ourselves to be the best!

Kita boleh elak dari menjadi Dhia..

Assalamualaikum warahmatullah. Maaf kerana sudah lama tidak update blog. Tidak busy tapi agak malas mengupdate blog. Idea mencurah2 datang tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan. harap maaf, hehe.

Saya rasa semua orang Malaysia sedia maklum slot akasia Tentang Dhia di tv3 telah tamat pada minggu lepas. Episod terakhirnya saya tak tengok pun sbb pada waktu tu tersekat di Kluang xdapat balik sbb xde bas. Terpaksa menunggu abang tersayang untuk datang menjemput, hehe. Macam biasa, ni adalah salah satu review saya setelah menonton cerita ni serba sedikit. Kali nie, saya tidak mahu untuk memberi sedikit sinopsis dan kemudian mengulas perjalanan cerita serta memberi pengajaran yg dapat saya ambil di sebalik perjalanan cerita itu... ni yg lain sikit.. :)


Dalam ceita tentang Dhia ni, keluarga Dhia (watak utama) selalu terkena perbuatan sihir yang dibuat oleh mak mentua dia. Kali ni saya nak share sedikit pengetahuan saya tentang himpunan doa2 yang ramai ustaz sarankan untuk mengelakkan sihir. Antaranya tanzil dan al-mathurat. Alhamdulillah berkesan kerana ianya merupakan himpunan ayat al-quran dan zikir yang diamalkan Rasulullah yang telah disatukan oleh Imam Hassan al-Banna..

baik laa pulak deme nh?? hehe
Macam mana nak dapatkan al-mathurat?? Alhamdulillah sekarang ni dah banyak syarikat-syarikat penerbitan telah menerbitkan al-mathurat nie. selain dalam bentuk buku-buku yang bermacam saiz, al-mathurat juga dah ada dalam bentuk softcopy.  Sebagai contoh: boleh download dari youtube, dalam bentuk tulisan, nak beli cd pun boleh.. takde alasan kenapa orang kata tak jmpa al-mathurat ni, kan?? yg ada hanyalah alasan kenapa kita xnak baca al-mathurat nie... :)


al-mathurat pertama yang dihadiahkan mak abah.. lurv ya!
Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.. (diambil dari blog kak Halimatus Saadiah)



Sebenarnya banyak lagi kelebihan al-mathurat ni.. InsyaAllah siapa yang amalkan akan terasa kelebihan dan perubahan perjalanan harinya. Kalau buat ikhlas kerana Allah, kalian akan dapat rasa yang hari kalian berlalu dengan smooth. Walau ujian datang melanda, kita akan dapat menyelesaikannya dengan hati yang tenang serta jiwa yang lapang insyaAllah. Jemputlah untuk mengalamalkan al-mathurat sebagai santapan rohani, kawan-kawan.. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita...

lets improve ourselves to be the best!
My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile