topbella

Hati lesu tanpa pengisian..

Assalamualaikum warahmatullah...
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...

Setelah bercuti panjang selama seminggu,
dan kemudian meneruskan kembali pengajian di IIUM ni,
saya mula perasan ada sesuatu yg tidak kena dalam kehidupan saya..
entah kenapa;


hati senang galau, 
semangat mudah luntur,
kemalasan bermaharajalela,
nasihat menjadi angin lalu,
serta peringatan menjadi bak buih-buih di lautan...

astaghfirullah astaghfirullah...
Rasulullah ada berfirman,
"CELAKAlah orang yg hari ini lebih buruk dari semalam"

Baginda ingatkan lagi,
"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut"
 NAH! Peringatan- peringatan ini menyentak hati saya,
saya berfikir; sekiranya saya; sebagai seorang Muslimah
membiarkan kelesuan ini merasuk saya,
pasti Islam akan dipandang lemah dan rendah.

Adalah menjadi satu fenomena masyarakat remaja Muslim hari ini tewas dek kerana penangan anasir- anasir Jahiliyyah serta kerana lemahnya benteng iman mereka. Apabila hati dibiarkan tanpa penjagaan, lama-kelamaan ia menjadi keras lalu membentuk benteng kukuh yang tidak dapat ditembusi cahaya hidayah Allah. Terkunci mati dan menjadi sarang kejahilan dan kejahatan. Jika demikian keadaannya maka yang menjadi raja di dalam hati ialah iblis dan nafsu syahwat. Hasilnya semua amal dan kerja berorientasi pada kemahuan keduanya. Kalau keadaan sebegini dibiarkan sepanjang masa, boleh jadi seseorang akan kehilangan hatinya.

Manusia tidak akan bererti tanpa hati
Namun begitu rakan- rakanku sekalian, usah khuatir. Pada hakikatnya, cahaya yang menyinari hati bersumber pada tiga pancaran, iaitu cahaya Al-Quran, sembahyang dan mengingati mati. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Al-Imam Al-Ghazali, beliau telah berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca Al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Carilah hatimu di sepertiga malam..
 InsyaAllah, peringatan dan coretan ini sebenarnya lebih kepada diri saya sendiri. Kerana menulis merupakan salah satu cara saya mengembalikan kekuatan serta mengingatkan diri sendiri, insyaAllah. Moga bertemu lagi... xoxo



lets improve ourselves to be the best!

0 comments:

My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile