topbella

cerita saya..

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih..
Assalamualaikum wrahmatullah..
moga Dia menolong kita, ameen..

alhamdulillah, sabtu lalu saya dijemput datang ke sek..
Allah izin saya mendapat anugerah tokoh kokurikulum 2009.
pendek kata; saya juga tidak tahu apa keistimewaan saya sehingga dipilih.
namun begitu, saya rasa brsyukur yg teramat..
alhamdulillah, dpat juga saya menaiki pentas buat terakhir kalinya di sekolah.
dan yg paling bermakna buat saya; disaksikan mak abah yg tercinta!
alhamdulillah..


Smiley Face



sewaktu profil saya dibacakan, saya melirik ke arah mak..
sayunya hati meihat senyumannya..
saya tidak pasti, adakah mak yg saya amat sayang ini menangis atau tidak,
tetapi dari riak mukanya, saya dapat membaca..
bahawa dia terharu dan bersyukur dengan anugerah tu.
melihat puterinya menaiki pntas,
melihat org menghargai buah hatinya yg tidak seberapa,
semua ibu saya kira.. pasti akan bersyukur..



ketika gambar ayah ditayangkan pula,
saya memandang tepat ke arah abah,
kerana abah duduk di tmpat hadapan sekali,
bersma camera kesayangan 'kami'.. (ha2)
dia menangkap picture saya..
saya tahu, dalam hatinya penuh pengharapan..
agar puterinya ini dapat menjadi qudwah buat org lain..
pada mulanya, mmg air mata hendak mengalir..
saya pejamkan mata..
jika bukan kerana mereka yg banyak monyokong saya,
PASTI saya tidak akan menaiki pntas pada hari itu..
ya Allah, besar sungguh rahmat dan kasihMu..
terlalu banyak kejahilan yang saya buat di dunia ini,
terlalu bnyak perintah yg tidak dlaksanakan,
terlalu bnyak arahan yang tidak dipatuhi..
namun begitu, Dia tetap meberi..
memberi,memberi dan memberi..
apa yg PALING BAIK buat saya..
sering kali saya terfikir,
adakah ini istidraj?? nauzubillah..
saya harap bukan..
saya harap, ini tanda..
ALLAH SAYANGKAN SAYA,
dan DIA mahu saya tahu bahawa..
DIA TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SAYA!


Smiley Face


anugrah ini...
tidak pernah saya pinta..
tidak pernah saya bermimpi untuk mendapatkannya..
bukan kerana apa, tetapi saya tahu dn sedar..
sekolah saya mempunyai ramai JUARA..
masakan saya yang tidak punya apa- apa ini akan dipilih..
namun subhanallah..
dalam ramai- rmai calon itu,
DIA ttp memilih saya..
Alhamdulillah..

blk dari mjlis anugerah cemerlang,
sewaktu dalam pejalanan pulang..
abah memberitahu..
Dia pernah membayangkan saya akan menaiki pntas,
untuk menjadi salah seorang tokoh..
namun, melihat keputusan saya yang merosot sewaktu di ting 4,
dia menyimpan hasrat hatinya..
mungkin takut saya kecewa sekiranya saya tidak mampu..
ya Allah, rahmatilah abahku..
sayangilah dia melebihi kasih sayangku kepadanya...


Smiley Face


dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan..
TERIMA KASIH yg TAK TERHINGGA buat
guru- guru saya bermula dari;
tadika al-falah(4 tahun),
tadika amal (5-6tahun),
SK Jubli Intan(7tahun),
SK Simpang Rengam(8-12 tahun),
Ma'had Attarbiyyah Al- Islamiyyah(13-15 tahun)
SMK Simpang Rengam(16-17tahun)...
guru-guru inilah yg membentuk saya
mnjadi saya yang sekarang..
NAMUN begitu, perangai buruk saya
TIADA kaitan dengan mereka.. :)

Smiley Face


post ini ditulis bukan untuk membangga diri..
saya cuma mahu berkongsi cerita gembira saya..
bukan gembira kerana mendapat anugerah,
tetapi gembira kerana menggembirakan hati
org yg byk berkorban untuk saya..
siapa lagi kalau bukan MAK ABAH saya..
saya amat sayangkan mereka sebagaimana
kalian sayangkan ibu ayah kalian..
moga Allah memelihara mereka sehingga ke akhirnya..



glitter-graphics.com
saya akan berusaha lebih gigih untuk menjadi yg terbaek.
anda bagaimana...??

1 comments:

rafhan said...

Daripada kaca mata pengembara
Kita adalah berkelana
Daripada kaca mata penguasa
Kita adalah hambaNya yang lemah

Susurilah jalan-jalan kehidupan
Bertemankan suria nan indah
Renangilah gelora di lautan
Dengan kesabaran kelak kau kan tiba

Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu
Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini

Daripada kaca mata pengembara
Kita adalah berkelana
Daripada kaca mata penguasa
Kita adalah hambaNya yang lemah

Luas jalan terbentang
Menuju kesaksian kebenaran
Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu
Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini

Biarpun ribut melanda
Duniakan cerah pabila ia reda
Percaya pada dirimu sendiri
Kelak kau kan berjaya menggapai impian

Dakilah gunung yang tinggi
Untuk mencapai cita-citamu
Gapailah bintang yang kerlip
Untuk menerangi hatimu yang kecil ini

My Photo
Mohamad's daughter
a khalifatullah, having an iman that always go up and down.. like 12321...
View my complete profile