Dengan nama Allah yang Maha Penyayang..
moga Allah sentiasa bersama kita, ameen..
berbicara tentang istimewa menyebabkan saya banyak berfikir..
susahnya mencari maksud istimewa yg sebenarnya..
namun saya pasti akan satu perkara..
setiap orang yang dlahirkan di dunia ini pasti
mempunyai keistimewaan tersendiri..
glitter-graphics.com
seperti orang lain, saya juga pasti mempunyai insan yang istimewa..
saya cintakan mak abah saya, abang saya,
dua orang kakak saya, dan dua orang adek saya..
saya juga menyayangi sahabat2 saya, kaum keluarga saya,
serta guru-guru yang telah banyak berjasa kepada saya..
kerana mereka istimewa, saya selalu kenalkan mereka dengan Allah..
kerana saya tahu, saya tidak mampu membalas jasa mereka..
satu- satunya pertolongan yang saya boleh buat ialah;
mendoakan keselamatan serta kebahagiaan mereka..
di dunia dan di akhirat..
Allah telah menjanjikan keistimewaan KHUSUS buat SEMUA makhluknya..
istimewanya malaikat, tiada melakukan dosa..
istimewanya pokok, tiada penurunan dalam melakukan ibadah..
istimewanya binatang, tiada perkiraan dosa dan pahala..
namun begitu, makhluk yang paling istimewa ialah manusia..
Allah menjadikan kita sebagai khalifah di atas muka bumi..
Allah menjadikan kita dengan iman yang boleh tertingkat..
Allah juga mengira setiap ibadah yang kita lakukan,
agar Dia boleh menghadiahkan kita dengan ganjaran yang tak terhingga
di akhirat nanti = syurga yang penuh dgn kenikmatan..
Allah juga mengurniakan akal kepada kita,
satu- satunya benda yang tidak dimiliki oleh makhluk lain..
Allah juga telah berfirman dalam surah At- Tin :4
' sesungguhnya kami ciptakan insan itu dengan sebaik- baik penciptaan'
surah Taha :116
' dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam, mereka semua bersujud kecuali iblis yang membantah..'
bukankah ayat ini telah menjadi bukti alibi bahawa betapa mulia dan istimewanya kita sehingga malaikat diperintahkan untuk bersujud kepada kita..??
Subhanallah, sesungguhnya benarlah Allah itu MAHA BIJAKSANA...
lihat sahaja sejarah kelahiran kita di muka bumi ini..
dalam surah al-mukminun; 12-14..
' dan sesunggunya, Kami mencipta manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah. Kemudiannya Kami jadikannya daripada nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal daging, dan daripada segumpal daging itu Kami jadikan tulang- belulang, lalu tulang- belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhuluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah yang merupakan sebaik- baik pencipta..'
dan lihatlah kita, seusai keluar dari perut ibu kita,
kita terus dapat melihat, mendengar, dan menangis..
sekali pun ada diantara kita yang tidak dilahirkan sesempurna orang lain,
mereka jua adalah makhluk yang istimewa..
dan selalunya, mereka lebih diberi perhatian berbanding orang lain..
kerana mereka jua insan istimewa..
istimewanya kita kerana diiktiraf sebagai sebaik- baik makhluk..
istimewanya kita kerana diutus rasul sebagai qudwah hasanah..
istimewanya kita kerana diberi Al- Quran agar kita tidak sesat..
istimewanya kita kerana mempunyai hadith2 sebagai ikutan..
istimewanya kita..
namun, sejauh mana kita mengahargai keisimewaan ini...??
mata dan telinga saya telah sakit dek maksiat yang tidak segan silu dilakukan oleh makhluk2 istimewa yang dicipta macapada ini.. daripada anak- anak kecil sehinggalah
yang telah tua bangka.. langsung tiada perasaan malu dan segan kepada makhluk lain yang tidak mempunyai akal.. buktinya? lihat sahaja sekeliling kita, dan surat khabar serta televisyen yang lebih banyak menyiarkan program yang banyak merosakkan hati daripada program2 ilmiah untuk menghidupkan kembali iman di hati..
mari, duduk sebentar dan koreksi diri..
marilah sama-sama berusaha untuk menjadi yang TEBAIK di sisiNYA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Zaman sekarang telah menuju ke zaman kejahilan. Yang mana, seluruh jenis kejahilan yang ada sebelum ini terkumpul. Jadi, marilah kita mencontohi satu kaum yang diiktiraf oleh ALLAH dalam dakwah dan tarbiyah nya. "Kamu adlah umat yang terbai, dikeluarkan dari manusia. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran" mereka adalah sahabt nabi. Bagaimana permulaan dakwah nabi, begitulah cara untuk kita lakuakn dengan serius. Dan ia adlah HALAQAH.
Post a Comment